Post yang lepas, lupa plak la kan nak bercerita pasal tempat penginapan kami yang best itu. Kami menginap di hotel Kampoeng Djawa.. suasana memang rasa macam di kampung. Sangat bersih, service pun bagus, makanan sedap dan yang paling penting murah..cuma RM45 semalam..Murah okay dengan dapat traditional breakfast dan lunch snack gak..Kalo nak stay kat hotel ni, sila la book awal. Memang full book punya la hotel ni..hotel bagus dan murahkan..confirm la ramai yang nak stay..
http://www.kampoengdjawahotel.com/
|
Taman dalam hotel |
|
Interior hotel.. sangat la rasa macam di kampung..:) |
|
Boleh la membuat reservation dengan call number di atas ni |
|
Kami bergambar di depan pintu masuk Kampoeng Djawa Guesthouse |
DAY 2
Hari ke dua di kota Yogjakarta, pagi kami dikejutkan dengan ketukan pintu di hotel kami.Diorng hantar breakfast ke bilik kami.
Destinasi: Malioboro & Pasar Beringharjo
Destinasi pertama kami untuk hari ke dua di kota Yogjakarta
ialah ke Malioboro dan Pasar Beringharjo. Malioboro adalah nama jalan yang
terkenal di kota ini untuk pelancong dan juga orang tempatan untuk
membeli-belah barang-barang buatan sebagai souvenir. Harga pula macam biasa
boleh dirunding. Yang aku suka pasal Yogja ni, x pernah lagi ade peniaga yang
paksa kitorang beli barang. Diorang gak melayan dengan baik dan siap dapat
percuma barang lagi tu kalau beli lebih. Kalau mahu membeli batik, boleh la ke
Pasar Beringharjo. Kami membeli batik untuk buah tangan keluarga di kampung.
Memang banyak gila kedai2 batik di sini. Kena la pandai memilih kalau mahu yang
cantik dan murah.
|
Kagum melihat kereta kuda parking di sepanjang jalan Malioboro |
|
Yang paling saya suka di kota Yogja.. dinding-dinding penuh dengan mural hasil karya mahasiswa universiti. |
Destinasi: Prambanan
Kami kemudiannya menuju ke Candi Prambanan iaitu tinggalan
arkeologi penganut Hindu di kota Yogja yang dibina pada kurun ke 9. Candi ini merupakan salah satu antara dua Tapak Warisan Dunia (UNESCO) yang terdapat di Yogjakarta. Candi ini terletak lebih kurang 18km dari kota. Dengan ketinggian 42 meter tinggi dan mempunyai seni bina yang menarik, candi ini juga tidak kurang hebatnya dengan Borobudur.
|
Welcome to Prambanan |
|
Cantikkan! |
|
Posing lagi! |
|
x sangka bleh terserempak ngan bdk ofis kat sini |
Kalau ikut yang plan kami, sepatutnya selepas ke Prambanan kami ke Ratu Boko untuk tengok sunset. Tapi, disebabkan cuaca yang mendung hari tu, kami tak sempat untuk mengejar sunset di Ratu Boko. Lagi pun memang agak lama kami bergambar sakan di Prambanan sampai tak sedar kami dah spend berjam-jam untuk sesi bergambar di sana. Tempat cantik, so memang tak melepaskan peluang je la kami ni. Sempat juga kami singgah membeli souvenir. Harga juga agak murah jika nak dibandingkan dengan di Malioboro. Mungkin juga sebab kedai-kedai tu dah nak tutup sebab tu boleh dapat harga murah.
Pak Didik dah menunggu kami untuk dibawa dinner. Dia bagitau yang kami kena dinner dulu sebab Ramayana Ballet yang kami nak pergi menonton tu agak lama pementasannya (2 jam lebih). Kami di bawa ke kedai makan berhampiran dengan Ratu Boko. Actually, Prambanan dan Ratu Boko tu dekat je.. dan Ramayana Ballet tu plak dipentaskan berlatar belakangkan Candi Prambanan. So, memang kire satu pakej la kalo ke sini.
Destinasi: Ramayana Ballet
Entrance fee:
IDR 100,000 – IDR 300,000 (ikut class, ade 1st class hingga VIP
seating)
Operation time:
730pm – 930pm
Selepas dinner, kami ke Ramayana Ballet. Kami beli ticket Special
class seating dengan harga IDR 200,000. Harga ticket ikut seating arrangement.
Makin bagus position seat, makin mahal la harga. Kami bernasib baik hari tu
sebab seat VIP tak penuh dan sebelum pementasan Ramayana Ballet tu bermula,
pengacara meminta penonton memenuhkan seat VIP.
Ramayana Ballet dipentaskan dalam bahasa Jawa oleh narrator
nya. Memang tak faham la ye ape yang diceritakan oleh si narrator. Kami diberi
booklet mengenai cerita pementasan tersebut. Booklet dicetak dalam bahasa
Indonesia dan juga Bahasa Inggeris. Basically, pementasan ni adalah berkisar
cerita Hindu mengenai Rama dan Sita. Penataan cahaya yang bagus, pakaian yang
berwarna-warni, lenggok tarian yang lemah-gemalai, dan aksi-aksi menarik yang
dipersembahkan oleh para pelakon sepanjang pementasan Ramayana Ballet ini
menjadikannya menarik. Tapi untuk yang kurang berminat, mungkin tempoh 2 jam
pementasan dirasakan sangat lama.
|
Penari-penari memakai pakaian tradisional |
|
Memang macam princess kan! Cantik! |
|
X brape ingat dah watak diorng..tapi ni scene time diorng berlawan |
|
Scene Hanuman kena bakar |
|
Bergambar bersama dancers utama selapas habis pementasan |
Habis pementasan Ramayana Ballet, kami meminta Pak Didik
untuk membawa kami melawat kota Yogjakarta di waktu malam, ke tempat yang biasa
dikunjungi orang tempatan untuk melepak. Pak Didik mencadangkan kami melepak
minum kopi berhampiran dengan Universiti Gajah Mada kerana menurutnya di situ
kopinya murah, unik dan enak. On the way ke sana, kami singgah di gerai durian
di tepi jalan. Kecur la plak kan tengok
durian tergantung dan tersusun cantik di sepanjang jalan. Besar-besar saiz
durian sana. Kami beli sebiji untuk 4 orang makan. Duriannya rasa agak tawar.
Sedap lagi durian Malaysia, atau mungkin juga kami yang x pandai memilih yang
bagus.
|
Mari makan durian! |
Kami kemudiannya ke kedai-kedai di tepi jalan
berdekatan UGM. Di sepanjang jalan tu penuh dengan orang-orang muda
melepak minum-minum. Kalo di sana, memang biasa kedai-kedai kecil dibuka ditepi
jalan, dan customer pula duduk di atas tikar yang disediakan oleh pekedai. Kami
duduk di salah sebuah kedai dan order kopi arang ataupun lebih dikenali sebagai
kopi joss. Sedap okay kopi tu. Arang yang dimasukkan di dalam kopi tu bukan la
arang biasa. Arang yang digunakan adalah arang dari kayu pokok asam yang
dibakar. Nasib aku tanya abang yang buat kopi tu, kalau tak ada yang balik
Malaysia buat resepi sendiri plak, minum kopi dengan arang orang buat
bbq..hehe.. Memang wajib try minum kopi arang ni kalau ke Yogja. Pengalaman
melepak minum kopi yang diletakkan arang yang masih berbara memang sangat menarik.
Suasana yang meriah di sepanjang jalan ditambah lagi dengan kehadiran
pemuzik-pemuzik jalanan yang membuat persembahan sepanjang malam memang
menghiburkan dan membuatkan kami merasa seolah-olah seperti ditempat
sendiri..terasa suasana yang selamat, gembira dan mesra.
|
Kopi joss in the making |
|
Tu dia..arang masih berbara diletak dalam kopi |
|
Kopi joss @ kopi arang |
|
Snek yang dijual |
|
Penuh okay sepanjang jalan ni... |
DAY 3
Destinasi: Borobudur
Entrance fee: IDR 320,000 (package Sunrise di
Borobudur dengan Manohara Resort)
Hari ke tiga, kami bangun
seawal 245 pagi. Menggagahkan diri juga la nak bangun awal after tido lambat
malam sebelumnya semata-mata demi melihat sunrise di Borobudur. Pak Didik dah
menunggu di luar hotel dan kami pun bergerak ke sana. Pak Didik dah menguruskan
ticket dan package untuk sunrise di Borobudur. Kalau nak melihat sunrise di
Borobudur kena amek package. Kami ambil package dengan Manohara resort, ticket
masuk beserta guide, lampu suluh, light breakfast dengan harga IDR320,000.
Perjalanan ke Candi Borobudur dari kota Yogja
mengambil masa selama 2 jam. Sunrise di Indonesia lagi awal dari Malaysia. Kami
kena sampai ke Borobudur sebelum jam 5 pagi. Pak Didik drive agak laju since
jalan raya agak lengang di pagi hari. Kami bertiga tidur disepanjang
perjalanan. Sampai di Manohara Hotel, kami disambut oleh pekerja resort dan
dibawa ke tempat mendaftar. Selepas selesai membuat pembayaran, kami diberi
kain batik untuk dipakai, torchlight dan kemudian di assigned seorang guide.
Kami melangkah menaiki tangga-tangga ke candi Borobudur dengan mata yang masih
mengantuk. Torchlight memang sangat berguna time tu sebab keadaan sekitar yang
masih gelap. Mencungap juga la nak
sampai ke tingkat yang paling atas di Borobudur tu. Dah ramai
pelancong-pelancong lain di atas tu. Kami pun mencari tempat yang sesuai untuk
melepaskan penat sambil menanti matahari terbit.
Saat apabila sinar matahari mula kelihatan,
pemandangan memang sangat la menarik. Mata yang pada awalnya mengantuk mula
segar. Tambah lagi dengan kesejukan angin pagi. Kami bertiga tak berhenti-henti
mengambil gambar..mencuba untuk capture setiap detik sambil menghayati
keindahan alam ciptaan Tuhan. Rasa macam tak percaya plak dah sampai ke
Borobudur. Tak sia-sia kami bayar lebih untuk package sunrise ni. Atleast kami
dapat puas mengambil gambar dan Borobudur tu macam kami yang punya!hehe.. tak
ramai orang. Dan boleh mengambil gambar di posisi dan sudut yang terbaik tanpa
ada gangguan.
|
Sedang countdown detik2 matahari terbit |
|
Hilang terus ngantuk bila tengok view yang cantik.. |
|
Pernah nampak gambar macam ni dalam buku, sebab tu nak gak ambil gamba macam ni..hehe |
Candi Borobudur merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO
dan telah dibina pada kurun ke 8 atau kurun ke 9. Percaya atau tidak, Candi
Borobudur ni umpama lego gergasi yang disusun dengan cantiknya. Dengan senibina
seakan pyramid beserta ukiran-ukiran menarik pada dinding ditambah lagi dengan
pemandangan yang indah, candi Borobudur memang patut dimasukkan dalam bucket
list untuk senarai tempat-tempat yang patut dikunjungi di Asia Tenggara. Candi
ini merupakan candi binaan penganut Budha. Ukiran-ukiran di dinding candi
menggambarkan kehidupan Budha dan prinsip-prinsip ajarannya. Terdapat stupa
besar di tingkat teratas candi dan sesetengah orang tempatan percaya sekiranya
anda berhajat dan menghulurkan tangan ke dalam stupa, apabila tersentuh patung
budha di dalam stupa, maka hajat akan tercapai (ini hanya superstitious, yang
Muslim memang tak boleh percaya okay).
|
Stupa besar yang terletak di tingkat teratas candi |
|
Ni dah x boleh control mata dah ni..still sepet gak..hehe..kesan-kesan x cukup tido |
Kami menghayati ukiran-ukiran dan kagum dengan kehalusan seni dan
kesungguhan orang-orang dahulu mengukir di batu-batu dinding candi. Kami tak
mengambil guide untuk menerangkan ukiran-ukiran di dinding kerana bagi kami
cukuplah cuma untuk menghayati keindahan seni bina candi Borobudur.
|
Ukiran-ukiran di dinding candi.. |
|
Nasib kami sempat ambil gamba candi time x ramai orang lagi..x sampai 5 minit lepas amek gamba ni, candi ni dah start crowded.. |
|
Borobudur, beratur tu orang naik gi sane..dah macam semut plak aku tengok..huhu |
|
Sarapan pagi yg disediakan di hotel Manohara.. pisang goreng keju after penat round borobudur memang terbaik! |
Agak lama juga
kami berjalan-jalan di candi. Tak sedar masa berlalu rupa-rupanya sudah 4 jam kami kat sana. Lepas puas bergambar dan apabila
melihat semakin ramai orang menaiki tangga ke candi kam pun turuni ke hotel Manohara untuk breakfast sebelum
bertemu Pak Didik dan bergerak menuju ke Kaliadem, Merapi.
|
Candi Mendut, candi kecil yang terletak berdekatan dengan Borobudur.. Kami amek gamba dari luar je since diorng x bukak lagi time tu.. |
Destinasi: Kaliadem, Merapi
Entrance fee: Sewa
jeep untuk 1 jam around IDR100,000 to IDR300,000 (bergantung dengan driver
jeep)
Perjalanan ke
Kaliadem sejauh 35 km dari candi Borobudur dihiasi pemandangan yang menarik.
Dari jauh lagi kami dapat melihat gunung Merapi yang pernah mengorbankan banyak
nyawa penduduk berhampiran apabila meletus pada tahun 2010. On the way ke sana,
Pak Didik membawa kami singgah ke kebun salak milik sepupunya untuk bagi kami
merasa keenakan buah salak yang segar dari ladang..hehe.. Excited okay saya
first time tengok buah salak. Kebun salaknya kecil sahaja tapi nampak cantik
dan kemas . Saya yang x makan sangat buah salak ni tiba-tiba kat sana boleh
makan banyak la plak kan.. sangat sedap! Mungkin sebab baru dipetik, rasa manis
dan moist nya masih ada. Kami beli sedikit untuk dibawa pulang ke Malaysia, nak
gak bagi family merasa kesedapan buah salak tu. Lagipun harganya pun murah. Dah
la makan free kat kebun orang, jadi kami pun beli la 1 kg dengan harga
IDR25,000.
|
Kebun salak, kolam ikan dan sawah side by side... |
|
Kebun salak...baru tau yang rupanya buah salak tu kat atas tanah..dekat akar pokok..bukan nye tumbuh mcm rambutan ke.. |
|
Brader ni angkat buah saje je..berat tu bakul atas kepala dia.. |
|
Segar dari ladang....hehe |
Berdebar-debar rasa hati ini nak ke Merapi, maklumlah
pertama kali mahu melihat gunung volcanic. Kami melintasi sungai yang pernah
dibanjiri lahar dingin (lava) semasa Merapi memuntahkan laharnya. Walaupun sudah
hampir 2 tahun berlalu, kesan letusan Merapi masih dapat dilihat dengan jelas.
Kami tiba di Kaliadem time matahari sudah berada di atas kepala. Terpegun
seketika melihat keindahan Kaliadem yang berlatar belakangkan puncak Merapi.
Kaliadem terletak di cerun Gunung Merapi dengan ketinggian altitude 2914 meter
dari aras laut. Walaupun matahari panas terik time tu, nasib la ada angin sejuk
gunung bertiup so tak la membara sangat kami kat atas tu.
|
Bekas letusan gunung Merapi 2010 still nampak macam baru lagi |
|
Awan panas ni maksudnya wap yang keluar dari gunung Merapi time gunung tu batuk (simptom2 before meletus biasanya) |
Kami kemudiannya mengikuti tour Kaliadem untuk satu jam dengan menaiki jeep. Tour tu sepatutnya adalah untuk melihat bekas-bekas kediaman penduduk Kaliadem dan kesan-kesan tragedi letusan Gunung Merapi 2010. Tapi kami lebih senang untuk melihat batuan dan pemandangan. Abang jeep pun sangatlah cool melayan kami yang selalu berhenti out of nowhere semata-mata untuk mengambil sampel batu dan bergambar. Yup, habit tu memang susah nak buang kan. Kalau dah namanya geologist, mesti excited bila nampak outcrop yang menarik.
Abang jeep tu siap bawa kami ke dalam kawasan lava pernah mengalir (lintasan lahar dingin). Tempat tu biasanya memang bukannya tourist spot pun. Sampai di kawasan lintasan lahar dingin tu, kami nampak terdapat beberapa orang penduduk tempatan sedang memecahkan batuan . Ada gak budak-budak kecil pun buat benda yang sama. Kami pun meringankan la mulut ni bertanya kat abang jeep tu. Menurut abang jeep tu, diorng semua penduduk kampung kat situ yang rumah-rumah mereka musnah time letusan gunung Merapi dulu. Sekarang ni, untuk mencari duit, mereka memecahkan batu-batu volkanik menjadi ketulan kecil dan menjualnya kepada middle man dengan harga yg murah sebelum batuan tersebut dihantar ke tempat lain untuk dijadikan souvenir, barang hiasan dan juga untuk tujuan pembinaan. Upah yang diorng dapat setelah berpanas dan bertungkus-lumus pecahkan batu untuk satu hari biasanya x sampai pun RM5 sehari. Memang kagum juga kami melihat kesungguhan diorng bekerja keras untuk mencari rezeki yang halal. Kalau nak dibandingkan dengan remaja di Malaysia yang nak keja senang je untuk cari duit.. memang menyedihkan.
Tour kami di Kaliadem end up jadi lebih dari satu jam. Mungkin juga gara-gara abang jeep tu pun jadi bersemangat berborak dan meneman kami buat fieldtrip kat sane, sampai dia pun tak sedar dah lebih sejam kami berjalan.
|
X de pokok besar pun kat area ni..sumer musnah time gunung Merapi meletus 2010 |
|
Rasa cam jadi reporter tengah buat laporan lintas langsung dari tempat kejadian pun ade gak..hehe |
|
abang jeep tu pun semangat ikut kami turun tengok batu..hehe |
|
Salah satu gambar favourite saya..:D |
|
Lukisan dinding yang paling aku suka.. di runtuhan rumah di Kaliadem |
Selepas puas
bergambar dan mengambil sampel batu, kami pun bertolak balik ke kota
Yogjakarta. Kami meminta Pak Didik untuk booking sesi massage untuk petang.
Kalau ke Indonesia, memang tak lengkap kalau tak memanjakan diri di SPA.
|
Mari ber SPA! |
Malamnya, Pak
Didik membawa kami melepak di Alun-alun Selatan yang terletak di kawasan
keraton (istana). Di alun-alun ini terkenal dengan misteri pohon beringin
berkembar yang dikatakan sekiranya berjaya berjalan lurus dengan menutup mata
melintasi dua pokok beringin ni, apa yang dihajatkan akan termakbul. Memang
ramai betul remaja-remaja kota Yogja mencuba nasib. Kami melepak minum-minum di
gerai-gerai di tepi jalan berdekatan sambil try makanan tempatan. Meriah betul
suasana malam di Yogja, sehingga membuatkan kami merasa selesa seperti berada
di tempat sendiri.
|
x ingat nama dia, roti yang dimasukkan dalam susu manis dan halia |
|
Meja dan tikar yang disediakan peniaga gerai utk pelanggan |
|
Ramai tu orang datang mencuba nasib.. |
|
Beca berlampu..macam-macam watak kartun ade..spongebob n doraemon yang paling femes.. |
|
Pokok beringin kembar-gmbar waktu siang.. |
Day 4
Hari terakhir kami di Yogja, kami tak melepaskan
peluang untuk mencuba makanan tempatan terkenal di sana. Pak Didik membawa kami
lunch di kedai H. Slamet Bebek Goreng. Bebek (itik) goreng kat kedai H. Slamet
memang terbaik sampai kami masing-masing menapau itik goreng untuk dibawa
pulang ke Malaysia. Yup, bukan key chain dan fridge magnet je yang kami beli
utk jadikan ole-ole, itik goreng H. Slamet pun kami tapau sebab tersangatlah
enak!
Kami juga sempat singgah minum susu sapi segar di kedai Kalimilk. Memang segar dari ladang! Terbaik! Sememangnya makanan di kota Yogja akan jadi penyebab utama untuk kembali semula ke kota ini kalau ada peluang. InshaAllah…
|
Susu lembu segar..terbaik dari ladang! Susu lembu ni diambil direct dari peladang tempatan. Kalau singgah minum di kedai ni, secara x langsung kite bantu peladang2 gak |
On the way ke air port, kami singgah bergambar di Tugu Yogja. Tugu ni merupakan lambang kota Yogja. Tugu ini dikatakan terletak di dalam garis lurus antara pantai Parangtritis, kraton Yogja dan gunung Merapi.
|
Sesi fotografi terakhir di Tugu Jogja sebelum ke airport |
P/S: Panjang betul post untuk Yogjakarta ni. Penat gak la menaip dan buat ayat ni sebenarnya. Dengan penggunaan bahasa yang tunggang-langgang… kadang-kadang rasa nak give up je, just letak gambar dan caption je, tapi nanti rasa tak puas plak kan hati ni. Atleast, bila mengarang panjang lebar macam ni banyak perkara yang kita rasa dah terlupa akan ingat balik.. Kepada kawan-kawan yang menegur gaya penulisan saya macam seolah-olah bahasa Indonesia, saya terima seadanya..maklumlah, kena lah berasimilasi dengan gaya tempatan, baru dapat feel menulis (alasan..;p)..
Next post adalah Sabah dan harap2 tak la ambil masa selama saya buat post Jogja ni..hehe.. Ape-ape pun, terima kasih sebab membaca post saya yang panjang lebar ini…