Sunday, January 6, 2013

Sabah, Negeri di bawah bayu Part 2

Day 3

Kami check out dari hotel kira-kira jam 930 pagi dan terus meneruskan perjalan kami ke Kundasang. Kami menyewa kereta Myvi dari MoreAsia Travel untuk 2 hari. Kami diberitahu oleh travel agent kami yang Le Tour de Borneo sedang berlangsung di Sabah time kami di sana dan mereka dijangka akan berada di Kundasang pada hari yang sama kami ke sana. Jalan akan ditutup untuk beberapa jam untuk membolehkan pelumba2 basikal menggunakan jalan tersebut untuk perlumbaan Le Tour de Borneo. 


Transportation kami sepanjang 2 hari di Kundasang.. Berterima kasih kat encik driver  yang sanggup drive keta manual naik ke Kundasang..

Sepanjang kami di Kundasang, dan setiap kali kami terlihat gunung Kinabalu, terdengar-dengar lagu Sayang Kinabalu.. Kalau nak rase feel baca part Kundasang ni, boleh la play video kat bawah ni..;)



Admission fee: RM3 (Park entrance fee)


Lokasi pertama kami di Kundasang adalah Kinabalu Park yang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Taman ini merupakan salah satu daripada 3 Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Gunung Kinabalu merupakan gunung tertinggi di Banjaran Crocker dengan ketinggian 4095.2m untuk Lowest Peak, kaya dengan flora dan fauna dari pelbagai species dari pelbagai habitat; tanah tinggi ke hutan hujan tropika, hutan sub-alpine dan scrub di kawasan ber altitude tinggi. Kinabalu Park ini juga terkenal sebab kaya dengan 1000 jenis orkid dan bunga parasit Raflesia dan periuk kera. 

1st stop kami di kaki Gunung Kinabalu

Kami berposing di pintu masuk Taman Botani  sebelum meneruskan sesi eksplorasi kami

Anak sungai di Kinabalu Park..sejuk giler air die
dan bunga-bunga pun berhidup riang kat sini..

Photo point kat Kinabalu Park untuk ambil gambar berlatar belakangkan  puncak Gunung Kinabalu.. time kitorang  kat sana cloudy la plak puncak gunung time tu


Macam lukisan kan..ni la one of the reason kenapa orang x jemu nk ke Kundasang
Selepas hampir 2 jam kami habiskan untuk menghayati keindahan dan kedinginan Kinabalu Park, kami kemudian ke Strawberry Garden Hotel untuk check in. Bilik kami terletak di tingkat atas dan mempunyai view yang sangat cantik. Kalau stay hotel di Kundasang ni, memang x perlu la kot untuk cari hotel yang ber A/C, cukup la kalau hotel provide kipas dan comforter yang selesa sebab kat sini memang sejuk kalau malam.

Hotel tempat kami menginap.. Strawberry Garden Hotel
View dari balcony bilik kami..
dan apabila awan hujan mula datang...
Petang kami dihabiskan di pekan Kundasang. Plan asal untuk ke Ranau terpaksa dibatalkan sebab tersangkut dalam traffic jam. Jalan utama Kundasang-Ranau ditutup beberapa jam untuk Le Tour de Borneo petang tu.



Jalan jammed di tempat yang x sepatutnya jam..

Day 4

Kami bangun awal pagi hari ke-4 dengan semangat untuk mengambil gamba puncak Gunung Kinabalu sebelum ditutupi awan. Cuaca pagi tu yang agak cerah membolehkan kami shoot gambar Gunung Kinabalu di pekan Kundasang. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan kami ke Sabah Tea Garden untuk sarapan pagi. Perjalanan ke Sabah Tea Garden mengambil masa 30 minit dari Kundasang dengan hanya berpandukan signboard di tepi jalan. 

Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu...:)
Location: Sabah Tea Garden

Sabah Tea merupakan brand teh yang memang menjadi kegemaran  since rasa nya yang sedap dan bau tehnya yang harum. Breakfast di sini ditambah lagi dengan view yang cantik, pemandangan Gunung Kinabalu yang ditutupi awan sedikit demi sedikit, memang terbaik! Kami ke sana time Labour Day, pekerja ladang diberi cuti time tu, so, x dapat lah nak ikut tour untuk melawat kilang process teh kat sana. Selepas breakfast, kami ke kedai souvenirs di situ untuk membeli teh2 yang diproses di Sabah Tea Garden. 

Sabah Tea Garden ni completely different dari ladang teh yang lain.  Sabah Tea Garden ni tidak menggunakan langsung sebarang racun-racun..100% pesticides free!  

Sabah Tea plantation, teh ditanam di sini tidak menggunakan racun serangga perosak dan  hanya menggunakan baja organik

Bergambar dengan pokok lavender..
Location: Poring Hot Spring, Kinabalu Park
Admission fee: RM3 (Malaysian), RM5(Camera fee)
Activities: Canopy Walk

Kami tiba di Poring dalam jam 11 tengah hari dan cuaca pada hari tu memang agak panas. Setelah membayar ticket masuk, kami berjalan menuju ke Canopy Walk trail. Memang ramai orang di kawasan Poring tu, public holiday kan, jadi ramai la yang bawa anak-anak untuk mandi kat hotspring di situ. Kami kagum gak tengok budak-budak tu mandi air panas, dah la memang cuaca panas time tu..

Kalau ke Kundasang-Ranau, memang x lengkaplah perjalanan kalo x ke canopy walk ni. Canopy walk sepanjang 175m dan setinggi 41-43 meters above ground (lebih kurang tinggi bangunan 8 tingkat) memang bukan untuk orang yang takut tinggi. Memang agak gayat bila dah berada di canopy walk tu. Sebelum sampai ke canopy walkaway tu, kami trekking mendaki bukit kira-kira 550m.. dengan jalan yang x sekata, bertangga-tangga macam trek gunung kinabalu, jangan la ditanya kenapa saya hiking dengan memakai skirt time tu..:(

Kalau korang plan untuk ke sini, sila lah memakai kasut dan pakaian yang sesuai. Time kitorang pergi, tidak la kami buat research. Ingatkan jalan sket je ke canopy walkaway tu, x sangka plak rupanya kena mendaki.. dan saya plak dengan selamba memakai sandal dan skirt labuh (nasib x pakai heels..:p)..
Penat betul time tu rasanya, siap berhenti berehat separuh jalan (ada pondok rehat disediakan). Ramai orang yang pandang pelik time tu tengok sy nye baju time tu, tapi nak buat camne..alang-alang dah sampai sana, naik je la terus sampai atas kan..

Mari ke Poring!
Cantik kan pokok ni!

Nak ke air terjun tu memang x larat la kan..so, kami ke canopy walk sahaja..

Agak2 la kan, labah-labah ni nak perangkap ape la ye buat sarang besar2 ni
Yosh!berjaya hiking 550m sebelum berjalan di canopy
Sangat tinggi okay, sape2 yang gayat tu pelan-pelan la jalan ye

Location: Kundasang War Memorial
Admission fee: RM2 (Malaysian)

Selepas berpenat di canopy walk, kami kemudiannya kembali ke Kundasang semula untuk ke Kundasang War Memorial dan Desa Cattle Farm. Tapi, kami hanya dapat ke War Memorial je hari tu since Desa Cattle ditutup time Labour Day. Hujan renyai-renyai menemani trip kami ke War Memorial. Suasana yang sejuk dan nyaman, ditambah dengan bau bunga yang harum membuatkan suasana di dalam memorial tu lebih menarik.

Memorial ni adalah tribute untuk askar-askar British dan Australia, juga Malaysian yang terlibat dalam Death Marches of WW2.  Mereka merupakan tahanan perang POW (prisoner of war) di Sandakan yang kemudiannya diperintahkan oleh askar Jepun untuk berjalan kaki ke Ranau. Daripada beribu POW yang terlibat dalam Death Marches ni, hanya 6 orang je askar Australia yang terselamat.

Terdapat tiga taman di memorial ni dedicate utk POW dan askar-askar yang terlibat dan terkorban dalam Death Marches ni: The English Garden, the Australian Garden dan the Borneo Garden. Ketiga-tiga taman ini di design dengan bunga-bunga yang berbeza mengikut jenis taman. The Borneo Garden dihiasi dengan bunga-bunga tempatan seperti orkid, periuk kera dan bunga raya manakala The Australian dan The English Garden pula dihias dengan bunga-bunga rose dengan style taman ala English.


Di pintu masuk memorial


Australian Garden






The English Garden, bau harum bunga Rose membuatkan suasana di memorial ni lebih menarik

The Borneo Garden




Periuk kera

Berlatar belakangkan pekan Kundasang dan puncak Gunung Kinabalu


Memorial ini adalah lokasi terakhir kami di Kundasang sebelum meneruskan perjalanan kami pulang ke Kota Kinabalu. 

Location: Kampung Salut, Kota Kinabalu, Sabah
Activities: Kelapa bakar, puding kelapa dan Lokan panggang!

On the way kami ke Kota Kinabalu, kami singgah minum petang di Kampung Salut. Kalau korang ke Sabah, kat sini merupakan salah satu tempat wajib singgah untuk minum petang. Kampung Salut ni terletak di bulatan Kampung Rugading. Kalau nak makan seafood ni Gayang Seafood, mesti akan lalu kat sini..banyak gerai-gerai kecil dibina ditepi jalan ni. Kat sini terkenal dengan kelapa bakar, puding kelapa dan juga lokan. Sedap!

Kelapa bakar dan puding kelapa yang terkenal di Sabah! Gambar lokan x sempat nak ambil sebab dah selamat  dikerjakan..;p

Location: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Activities: Melawat universiti tercantik di Asia Tenggara, melihat sunset..

Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke hotel untuk check in, kami singgah sebentar ke UMS untuk melihat-lihat.. bawak kawan-kawan melawat universiti lama saya..:)

Melihat sunset di pantai UMS






Saturday, January 5, 2013

Sabah, Negeri di bawah bayu...Part 1

Trip ke Sabah ni dah di plan 2 tahun yang lalu, tahun 2011. Tapi, atas sebab2 tertentu trip ni tertangguh ke 2012. Trip kali ini, kami menggunakan khidmat travel agent since banyak tempat-tempat yang kami nak pegi tu memang kena melalui tour agency. 

Day 1

Kami menjejakkan kaki di lapangan terbang Sandakan jam 10:05am. Keluar saja dari ruang ketibaan, kami disambut oleh tour guide kami di Sandakan yang di arrange kan oleh MoreAsia Travel Sdn Bhd. Plan awalnya, kami sepatutnya ke Sepilok sebelum ke Gua Gomantong. Disebabkan tidak sempat untuk sampai ke Sepilok time diorng bagi makan Orang Utan, kitorang decide untuk direct ke Gua Gomantong.  

Lokasi: Gua Gomantong, Sandakan
Masa operasi: Dibuka setiap hari (8am-1am, 2pm-5pm) kecuali Jumaat (8am-11:30am, 2pm-5pm)
Tiket masuk: RM5 per pax, RM30 (camera fee)
Aktiviti: Melihat orang harvest sarang burung layang-layang dengan menggunakan cara tradisional dan juga session FEAR FACTOR!

Gua Gomantong ni terletak di district Kinabatangan dan merupakan main producer untuk sarang burung layang-layang  di Sabah. Gua ni dibahagikan kepada 2 sections: Gua Simud Hitam & Gua Simud Putih. Terdapat 19 cave passages dalam Gua Gomantong ni. Boleh sesat kot kalo gi sendiri-sendiri takde guide.

Kalau mau ke gua ni, make sure baju, kasut yang dipakai bersesuaian.. Dah nama pun tempat orang harvest sarang burung, jadi bersiap sedia la untuk dapat hadiah percuma dari burung-burung.. Kena gak la sanggup mengotorkan kasut anda since akan memijak tahi-tahi burung & kelawar dalam gua tu. Lagipun, confirm la korang taknak kaki anda direct memijak encik-encik lipas yang super banyak kat lantai gua tu. Oh, waktu kami ke sana, kami tak bawa torchlight dan bagus la utk kami since x de la nampak ape yang kitorang pijak time dalam gua tu. Lipas-lipas sangat la banyak sampai kami terpaksa jalan dalam gua yang licin tu tanpa pegang penghadang tangan sebab penuh diorng kat tempat pegang tu gak. Memang pengalaman menakutkan untuk orang2 yang takut lipas macam saya ni..;p

Jalan masuk ke Gua Gomantong

Jalan-jalan dan gua kecil di dalam Gua Gomantong

Ni rumah merangkap ofis orang-orang yang kerja harvest sarang burung

Antara rakan-rakan yang menemani kat dinding Gua Gomantong


Lipas penuh okay kat kayu tu..dah macam unggun lipas je kitorng tengok kayu tu

Mana-mana pun ada lipas ni.. nasib la ni bukan species yg suke terbang kalo x mmg  tidak la saya masuk ke dalam gua ni
Time dalam gua, ada beberapa group pekerja tengah harvest sarang burung dalam gelap.. x dapat nak ambil gambar diorng sebab mmg x nampak pun diorng yang memanjat kat atas..just dengar suara diorng bagi arahan kat orang bawah untuk betulkan kedudukan tangga diorng dan kadang-kadang nampak la signal torchlight diorang. Oh, kami sempat tanya kat guide kami berapa upah pekerja kat sana. Menurut encik guide kami, dalam 1 bulan, sorang pekerja boleh dapat dalam RM5000++ tapi bergantung dengan berat sarang burung yg diorng kumpulkan dan jenis-jenis sarang tersebut. Ada 2 jenis sarang burung kat gua Gomantong iaitu sarang hitam dan sarang putih (x ingat la plak yang mana satu yg mahal tu).

Kami keluar dari gua dengan perasaan berani..baru selesai Fear Factor la katakan.. konon lepas keluar dah x takut lipas, apparently, sampai sekarang saya masih geli dengan lipas..:(

Lokasi: Sukau, Sungai Kinabatangan
Aktiviti: River cruise, bird watching, wild life sighting

Kami kemudian meneruskan perjalan kami ke Sukau yang terletak kira-kira 110km dari bandar Sandakan. Nak ke hotel tempat kami bermalam tu kena naik bot laju yang disediakan oleh hotel di jeti Kampung Bilit.


Naik bot laju ke hotel kami di Sukau

Sungai Kinabatangan yang tenang.. kitorang tercari-cari gak kot2 boleh nampak Sang Buaya time ni..hehe
Excited betul kitorng time naik bot laju nak ke hotel.. almaklumlah, bukan selalu dapat naik bot laju kat sungai ni. Dari jeti nak ke Bilit Rainforest Lodge tu mengambil masa dalam 15 minit. Sampai di hotel, kami diberi welcome drink dan terus di bawa ke tempat makan untuk lunch sementara tour guide kami mendaftar masuk kami ke hotel. 

Hotel tempat kami tinggal...mmg terbaik!

Bilik-bilik kami..boleh muat dua family tu..
River Safari kami selama 2 jam bermula jam 4 petang. Kami  berkumpul di jeti hotel sebelum join dengan group lain. Menurut mamat tour guide kami, tak ramai orang kita yang amek package ni.. memang time kitorang pegi tu macam kami je orang tempatan, yang lain sumer orang putih..

Kitorang amek package ni sebab nak tengok Proboscis monkey yang famous tu.. Proboscis monkeys ni hanya terdapat di Borneo sahaja. Kalau di Indonesia, diorang panggil monyet ni monyet Belanda sebab hidung monyet ni dikatakan macam hidung orang Belanda yang pernah menjajah diorng dulu.

Time kitorang River Safari tu, cuaca agak x menentu sket. Walaupun panas terik, kadang-kadang hujan gerimis. So, tips untuk korang2 yang nak pegi sini, sila lah bawak poncho untuk keselamatan kamera dan bawa binokular sebab untuk bird watching, binokular adalah sangat penting. Kitorang hari tu pun pinjam guide punya binokular untuk tengok burung enggang dan close up view proboscis monkey. 

hujan panas kami redah! 
Kami diberitau oleh encik guide kami if we're very lucky, kami mungkin akan dapat lihat gajah petang tu sebab pekerja hotel tempat kami tinggal tu bgtau dia semalam ada sekawan gajah lalu di belakang hotel kami. Gajah yang terdapat di kawasan ni bukan gajah biasa dilihat di zoo, gajah ni hanya terdapat di Borneo je..Gajah Borneo pygmy ni bersaiz kecil dari gajah-gajah biasa dan ianya jenis passive dan jinak. Gajah ni juga merupakan salah satu binatang terancam yang kini di bawah Wildlife Conservation Enactment.

Tak sampai 15 minit bot kami menyusuri sungai, dari jauh, kami dapat lihat beberapa bot lain berhenti dan mendekati tebing. Encik guide kami bagitau yang ada kumpulan gajah Borneo Pygmy di tebing sungai sedang makan..(okay, lupe nak mention guide setiap bot communicate with each others guna walkie talkie untuk memudahkan diorng tau lokasi wildlife). Punyalah excited kitorang dapat tengok gajah liar dalam jarak dekat sampai habis bateri kamera dok ambil gambar dan video gajah-gajah tu..:)


GAAAJAH..GAAAJAH.. (sila baca dengan tone suara Sin Chan..;p)

Kami yang bernasib baik dapat jumpa group gajah pygmy liar..^^

berangan jap macam keja ngan Animal Planet time dok amek gamba & video gajah pygmy ni.. 


Sepanjang river cruise kitorang, kami encountered banyak hidupan-hidupan liar lain. Burung-burung seperti Hornbill, kingfisher dan juga helang banyak di kawasan tu. Pelbagai species monyet juga boleh dilihat di sepanjang sungai Kinabatangan. Tapi, antara banyak-banyak tu yang boleh kitorang kenal species dia just Proboscis monkey je sebab ciri-ciri yang unik iaitu berhidung besar dan berperut buncit. 

Gerombolan monyet Proboscis (monyet Belanda) yang banyak kelihat di sepanjang Sungai Kinabatangan
Monyet kaler perang..x sure name scientific dia..;p

Proboscis monkey betina.. kalau yang hidung mancung tu betina, yg hidung besar tu proboscis jantan

Monyet proboscis melepak sementara menunggu sunset.. monyet ni tido di atas pokok tepi sungai waktu malam.

Wildlife di tepi sungai Kinabatangan

Burung Hornbills, antara burung-burung yang boleh dilihat di sepanjang sungai

Sunset di Sungai Kinabatangan

Day 2


Lokasi: Sepilok, Pusat Pemulihan Orang Utan, Sandakan
Masa Operasi:
Ticket: Adult-RM5, kids-RM2
Detail info on Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre


Hari kedua di Sandakan, kami dibawa ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre yang terletak kira-kira 23km dari pusat bandar Sandakan. Kami sampai di Sepilok jam 9 pagi dan kemudiannya membeli ticket masuk untuk melihat orang utan yang berada di pusat pemulihan itu waktu 'feeding time' pada jam 10am.

Sementara menunggu feeding time, kami ke Exhibition Hall, bersebelahan dengan kaunter ticket untuk melihat sejarah pembukaan pusat pemulihan orangutan dan mengetahui info2 mengenai orang utan yang terdapat dalam pusat pemulihan.

Memang ramai yang menunggu di tempat feeding point orang utan tu untuk tengok orang utan diberi makan. Cuaca yang panas ditambah orang yang ramai, memang agak tak sesuai untuk yang bawa baby or anak kecil.. kat sini, kita hanya dapat lihat orang utan dari jauh je, sebab orang utan ni memang xkan datang dekat dengan pengunjung. Diorng direct ke feeding point untuk dapatkan makanan.



Orang Utan tengah memilih makanan. Diorang ni memang hanya akan keluar time makan je.

Orang utan betina yang ada baby biasanya akan makan dulu dan tidak diganggu orang utan lain sebab dia akan sangat garang  untuk protect baby dia.

Lokasi : Puu Jih Shih Buddhist Temple

Selepas puas berpanas di Sepilok, kami meneruskan Sandakan city tour kami ke salah sebuah tokong termahal di Malaysia. Menurut guide kami, Tokong ni dibina hasil dari sumbangan penganut-penganut Budha di Sandakan untuk membeli tanah di bukit ni dan membina tokong tersebut. Hasil kutipan sumbangan dikatakan berjumlah lebih dari RM7 juta. 

Temple ni terletak di atas bukit di Tanah Merah, selatan bandar Sandakan, dibina pada tahun 1987. Dari atas bukit ni, kami dapat menghayati keindahan Sandakan Bay dan kota Sandakan.



Pintu masuk ke temple

View dari temple.. dari atas ni boleh nampak view bandar Sandakan


Selepas habis sesi bergambar, kami dibawa ke English Tea House & Restaurant untuk makan tengah hari sebelum ke airport untuk flight kami ke Kota Kinabalu.



View yg menarik di restaurant ni

Lokasi : belakang Pasar Philippines, Kota Kinabalu

Flight kami dari Sandakan ke Kota Kinabalu mengambil masa dalam 45 minit. Kami tiba di KKIA pada jam 315pm disambut oleh tour guide dari MoreAsia Travel. Kami kemudiannya dibawa ke Hotel Kinabalu Daya Hotel untuk check in dan sedikit briefing session mengenai tour kami untuk hari 5 dan ke 6. Untuk hari ke 4 dan ke 5 kami di Sabah, kami decide untuk menyewa kereta sahaja tanpa memerlukan khidmat tour guide.

Selepas berehat melepaskan penat, kami pun bersiap-siap turun dari hotel dan berjalan kaki ke kawasan  Pasar Philippines untuk melihat keunikan pasar basah di belakang Pasar Philippines sambil-sambil mencari makan malam yang sedap. Kedudukan hotel kami yang terletak berdekatan dengan tempat-tempat bershopping di Kota Kinabalu juga membuatkan malam kami penuh dengan aktiviti membeli mutiara dan souvenirs di pasar malam belakang Le Meridien. 

Sunset di Kota Kinabalu...^^

Kalau ke Sabah, sayap ayam jangan dilupa..sedap!

Cuci mata tengok seafood yang dijual di pasar ni..semua pun segar2 kat sini..

Ikan tuna ni nampak sedap kan...mungkin sebab fresh dari laut..:)