Saturday, November 24, 2012

Karimunjawa, aku datang...


Hujung2  tahun ni rasa nak bercuti ke pulau la plak kan walaupun dah masuk musim hujan. Last minit punya plan, kitorang choose untuk ke Karimunjawa since nak ke pantai timur Malaysia dah tak boleh. Karimunjawa ni mmg dah ade dalam bucket list utk travel ke Indonesia. So, alang2 nak ke pulau dan mahu yang murah kami pun proceed.

Before beli ticket flight aku bertanya-tanya teman-teman Indonesia sekantor, nak tanya ape2 yang patut tau.. tapi x berhasil sangat sebab diorng pun x pernah lagi sampai ke sana. So, seperti biasa, minta  bantuan encik Google untuk tengok boat schedule ke pulau.  Boat ke Karimunjawa depart dari dua port, Pelabuhan Tanjung Mas di Semarang dan Pelabuhan Kartini di Jepara. Kalau dari Semarang, akan ambil masa lebih kurang 4 jam ke pulau & dari Jepara pula ambil masa 2 jam lebih. Kami plan untuk ambil boat dari Jepara sebab tak sure keadaan boat dia macam mana & takut mabuk laut.

Disebabkan flight Air Asia punya schedule tak jive ngan boat punya schedule, kami terpaksa adjust plan sebaik mungkin. Kami proceed dengan plan 3D2N stay kat Karimunjawa, 1 malam di Jepara dan 1 malam di Semarang.

Boat schedule boleh rujuk di sini--> http://www.karimunjawa-ticketing.co.id/

DAY 1

Last minit flight kami ke Semarang di reschedule. Sepatutnya flight kami smpai di Semarang jam 12 tengah hari, disebabkan perubahan schedule, kami sampai lebih awal iaitu jam 830pagi. Kami yang pada awalnya plan untuk ikut bas travel dari airport ke Jepara terpaksa di cancel kan. Kami naik bas sendiri ke Jepara tak ikut travel. Perjalanan dari airport ke stesen bas Terboyo lebih kurang 20 minit dengan harga IDR 60,000.Pakcik taxi ade gak offer untuk hantar sampai ke Jepara, tapi sebab harga harga mahal (IDR200,000), kami kuatkan hati juga untuk naik bas biasa. Bas ke Jepara IDR 20,000. Perjalanan selama 2 jam setengah dengan menaiki bas non A/C memang agak mencabar. Maklumlah, lama dah tak bersusah-susah..hehe.. tapi yang menariknya, kitorang dapat merasa blend in dengan orang tempatan dan sambil-sambil mengenang zaman di uni dulu, naik bas yang macam bas mini. Perjalanan ke Jepara merentasi kota Demak, yang terkenal dengan Masjid Agung Demak. Kalau tak salah, masjid ni terkenal sebagai masjid wali songo.

Sampainya kami di bas station Jepara, try juga untuk mencari taxi, tapi rupanya takde perkhidmatan taxi di kota Jepara ni. Hotel kami memang agak jauh dari bas station, jadi terpaksa la kami ke Ocean View Hotel menaiki becak IDR 30,000 per becak. kesian gak la ngan pakcik-pakcik becak, terpaksa mengayuh becak & membawa kami yg berat ni sejauh 3km. Aku perasan kat Jepara ni kurang kereta & motor. Dan menurut pakcik becak yang peramah, pemerintah Jepara tak galakkan orang dia naik motor di kota. Sepanjang 20 minit naik becak, kami dapat la menikmati keindahan kota Jepara yang terkenal sebagai Kota Ukir ni. Kiri dan kanan jalan memang penuh dengan kedai-kedai perabot dan ukiran kayu. 

Perjalanan ke Jepara melalui Kota Demak


Hotel tempat kami bersantai sebelum ke Karimunjawa

Ocean View Hotel, sesuai dengan nama, semua bilik pn menghadap laut.

Sampai di hotel, kami melepak di restoran dulu since kami sampai awal dari waktu check in. Layanan pekerja-pekerja di hotel ini memang bagus. Makanan juga not bad. Abang receptionist bagitau transport nak ke kota agak sukar tapi boleh sewa motor atau hired supir. Disebabkan petang tu hujan, kami just lepak-lepak di hotel je satu hari.

Day 2

After breakfast, kami bergerak ke Pelabuhan Kartini dengan menaiki kereta sewa yang diaturkan oleh hotel dengan bayaran IDR 60,000 (Sama harga okay dengan becak yg kitorng naik semalam nak ke hotel utk 2 becak!). Kami kemudiannya bertemu dengan travel agent kami, Arman, di pelabuhan untuk mengambil ticket boat dan dokumen2 lain. Malas nak cerita panjang, kat bawah ni ade detail package yang kami ambil untuk trip kami yang saya copy paste kan dari email yang Mas Arman ni emailkan.  

Non AC B: Rp 900,000, -/ Pax
Facilities: 1 Room 2 People, Bathroom inside.

AMENITIES OBTAINED

1. express nautical (JEPARA PP)
2. Local transportation (shuttle)
3. Specialty (WISMA APUNG)
4. Boat Hire Holidays 2 Days
5. Admission to some island / places Holidays
6. Eating during karimunjawa
7. Snorkeling Equipment & Life Jacket
8. grilled fish
9. Documentation Underwater (Underwater)

PLACES TO BE VISITED

1. Island of the deer (breeding Sharks)
2. Middle Island
3. islet
4. Sandbar Island
5. Maer (Spot coral reef small deer island)
6. Large Fir Island
7. Spot Coral Pine Gosong
8. Tanjung Gelam / Edge Hold

info@wisatakarimun.com
arman.jepara3@gmail.com
+6285740968475 (Arman)

Perjalanan bot Express Bahari dari Pelabuhan Kartini ke Karimunjawa mengambil masa dalam 2 jam 15 minit. Tidak perlu risau untuk mabuk laut kerana bot ni cukup besar sehingga boleh membawa 3ratus penumpang. Memang rasa macam naik bas je sambil melayan movie yang diorng tayang kat dalam boat.



Bot Express Bahari ke Karimunjawa


Teman boat saya.. Encik Duta Sheila on 7 :)
(saya kipas susah mati SO7 tu yang senyum lebar semacam tu..;p)
 Sampai di pulau, kami disambut wakil travel di pulau, Mas Bowo. First impression, pulau karimunjawa ni memang tak nampak macam pulau untuk destinasi pelancongan. Mas Bowo bagitau yang pulau tempat kami mendarat tu main island. Kepulauan Karimunjawa ada 27 pulau semuanya. Jadi, untuk snorkeling dan diving activities semua akan dibuat di pulau2 lain. Menurutnya lagi, x ramai pelancong dari Malaysia yang ke pulau ni. Memang kalau tengok dalam bot pun hampir semua orang tempatan. Mat saleh boleh dikira dengan jari.

Mas Bowo bawa kami makan tengah hari di restoran kecil berdekatan jeti untuk ke penginapan kami. Lepas mengenyangkan perut dengan makanan tempatan (tempe itu wajib!), kami menaiki bot kecil ke penginapan kami Wisma Apung. Sesi snorkeling kami bermula jam 2 petang. Kami ke jeti semula setelah dijemput oleh Mas Bowo untuk berkumpul sekali dengan group lain.

Okay, cukup lah menulis. Let's pictures do all the talking after this!

Wisma Apung, penginapan di Karimunjawa

Menariknya di Wisma Apung, boleh berenang dengan Shark jika berani..

crystal clear water plus ikan yang banyak!

aksi2 atas arahan photographer! ye, ade sesi photography percuma termasuk dalam package!

budget pro la tu..gaya mesti lebih..;p

coral2 yang sangat menarik

Geng snorkeling untuk hari pertama
^^

More reasons untuk kami ber snorkeling sampai senja


Bulu babi! Nasib la x banyak


Tanjung Gelam




Day 3

Sesi snorkeling kami hari ke dua di pulau bermula dari pagi. Cuaca tak begitu baik time pagi tu, tapi nasib la abang-abang bot dah biasa dengan keadaan laut dan boleh meramal tempat mana yang kurang bergelombang dan sesuai untuk snorkeling. Untuk sesi hari ini, kami cover Pulau Tengah, Sand bar, Gosong dan juga Shark breeding farm.

Now, let's pictures do all the story telling..


















Sesungguhnya, saya sangat takut time ni..dikerumuni ikan-ikan yg banyak


Beting pasir

shark in the house!


Scary okay bila sharks start berenang mengelilingi saya! terasa macam diorng tgh surrounding mangsa diorng..

Nemo..:)


Day 4

Kami check out awal hari last kami di pulau untuk ke main island membeli souveniers. Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada Mas Bowo, kami berangkat menaiki bot Express Bahari ke pelabuhan Kartini.

Kami tiba di pelabuhan disambut Arman. Arman menawarkan city tour percuma kepada kami sementara menunggu pengangkutan travel ke Semarang jam 3 petang. Kami minta Arman menguruskan pengangkutan ke Semarang sebab x sanggup mahu menempuh perjalanan bas macam waktu datang ke Jepara. Lagipun, lebih murah dan selesa menggunakan travel iaitu dengan harga IDR 35,000 per person termasuk minuman & snack dan juga dihantar direct ke hotel di Semarang dari pelabuhan Kartini tanpa perlu memeningkan kepala nak mencari becak ke bus station.










Jepara-Semarang ikut travel IDR35,000 per pax

6 comments:

karimun jawa said...

wow,keren2 fotonya, karimunjawa memang indah, (jempol)

Dahlia said...

Teringinnye nk pegi... ade x travel agent yg bole uruskan pakej ke pulau karimun dr mesia

Unknown said...

https://www.blogger.com/profile/04722713592748334026 Kalau Cik Dahlia berminat, saya boleh arrange kan package ke sana.. Untuk detail, boleh email ke irahsha@gmail.com or travelerberlalu@gmail.com

Unknown said...

blh wasap sy utk ke pakej karimun jawa 0122626173

Sya Yusof said...

Assalamualaikum.. boleh saya tahu total keseluruhan hangus berapa? dan tempat yang wajib dikunjungi. kalau boleh email ke gurlisheds@gmail.com. terima kasih

TIARA TOURS said...

ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!! SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, KAMI ADALAH AGENCY PELACONGAN YANG BERLICENSED AND PROFESIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MURAH KE DANAU TOBA, MEDAN, SAMOSIR ISLAND, DAN TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATTAN LAINYA TERSEDIA ; SEPERTI PAKEJ TOUR KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS .
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NO : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI