Saturday, February 16, 2013

Sabah, Negeri di bawah bayu..Part Finale

Day 5

Hari ke lima kami di Sabah, kami plan untuk ke Klias untuk melihat proboscis monkey dan juga fireflies pada malamnya. Since tour kami ke sana akan bermula jam 2 petang, kami mengambil peluang untuk mengisi waktu pagi kami ke salah satu tarikan baru di Sabah iaitu Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli, Sabah.

Location: Rumah Terbalik, Tamparuli, Sabah (Upside down/inverted house)
Entrance Fee: RM15 (tidak dibenarkan bergambar di dalam rumah terbalik)

Kami ke Rumah Terbalik di Tamparuli dengan menaiki taxi yang diambil di depan hotel kami.. Setelah nego dengan brader teksi tu untuk bawa kami pergi dan pulang dengan harga RM100, kami pun meneruskan perjalanan dari Kota Kinabalu ke Rumah Terbalik di Tamparuli mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Terdapat 10 buah rumah terbalik di seluruh dunia ni iaitu di Jepun, USA, Turkey, Russia, Austria, Poland dan kini rumah terbalik (upside down house) boleh dilihat di Malaysia.

Welcome to Rumah Terbalik, Sabah!

Basikal...baju kat ampaian...sumer pun terbalik...

Pintu belakang rumah terbalik

Dengan menggunakan satu jari....:D


 Lokasi: Kampung Weston, Weston Wetland
Activities: Wildlife watching, fireflies, sunset ..

Plan kami yang asalnya mau ke Klias di divert kan ke Weston Wetland atas suggestion tour guide kami. Menurut tour guide kami, ada beberapa lokasi di selatan Sabah untuk melihat fireflies dan proboscis monkey iaitu Klias, Weston Wetland dan juga Garama. Klias memang merupakan tempat yang terkenal untuk melihat fireflies dan wildlife tapi mungkin akan agak crowded sedikit dengan tourist. Kami memilih Weston Wetland kerana menurut tour guide kami, di Weston wetland kurang tourist dan merupakan one of the best places untuk tengok sunset since Weston wetland terletak berhampiran muara sungai. 
Selamat datang ke Kampung Weston

Antara bekas tinggalan tentera British di jeti kampung ni
Proboscis Monkey..banyak di sepanjang sungai..






Sunset di muara Sungai Padas.


Kampung Weston di waktu senja.





Day 6

Location: Tunku Abdul Rahman Marine Park (Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik Island)
Activities: Island hopping, water sport, snorkelling

Hari terakhir kami di Sabah, pagi kami dimulakan dengan ekspedisi pulau-pulau di Tunku Abdul Rahman Marine Park. Kami dibawa ke jeti Jesselton, sebelum menaiki bot ke pulau-pulau yang terdapat di taman  laut Tunku Abdul Rahman.

First impression kami... memang pulau-pulau di marine park ni cantik! Dengan crystal clear water ditambah dengan banyak hidupan marin memang terbaik! Jejak je kaki ke jeti pulau, gigil je kaki ni nak cepat2 masuk dalam air..hehe.. Memang x rugi kalau ke marine park sini..dah la dekat dengan dengan bandar.. bot pun murah..kalau x salah dalam RM15-30 kot..(trip island hopping ni dah termasuk dalam tour package kami sebab tu x tau harga yg sebenar)






Crystal blue water... memang membuatkan kitorang x nak keluar dari laut..;p


Kami ber para sailing..^^


No comments: