Saturday, January 5, 2013

Sabah, Negeri di bawah bayu...Part 1

Trip ke Sabah ni dah di plan 2 tahun yang lalu, tahun 2011. Tapi, atas sebab2 tertentu trip ni tertangguh ke 2012. Trip kali ini, kami menggunakan khidmat travel agent since banyak tempat-tempat yang kami nak pegi tu memang kena melalui tour agency. 

Day 1

Kami menjejakkan kaki di lapangan terbang Sandakan jam 10:05am. Keluar saja dari ruang ketibaan, kami disambut oleh tour guide kami di Sandakan yang di arrange kan oleh MoreAsia Travel Sdn Bhd. Plan awalnya, kami sepatutnya ke Sepilok sebelum ke Gua Gomantong. Disebabkan tidak sempat untuk sampai ke Sepilok time diorng bagi makan Orang Utan, kitorang decide untuk direct ke Gua Gomantong.  

Lokasi: Gua Gomantong, Sandakan
Masa operasi: Dibuka setiap hari (8am-1am, 2pm-5pm) kecuali Jumaat (8am-11:30am, 2pm-5pm)
Tiket masuk: RM5 per pax, RM30 (camera fee)
Aktiviti: Melihat orang harvest sarang burung layang-layang dengan menggunakan cara tradisional dan juga session FEAR FACTOR!

Gua Gomantong ni terletak di district Kinabatangan dan merupakan main producer untuk sarang burung layang-layang  di Sabah. Gua ni dibahagikan kepada 2 sections: Gua Simud Hitam & Gua Simud Putih. Terdapat 19 cave passages dalam Gua Gomantong ni. Boleh sesat kot kalo gi sendiri-sendiri takde guide.

Kalau mau ke gua ni, make sure baju, kasut yang dipakai bersesuaian.. Dah nama pun tempat orang harvest sarang burung, jadi bersiap sedia la untuk dapat hadiah percuma dari burung-burung.. Kena gak la sanggup mengotorkan kasut anda since akan memijak tahi-tahi burung & kelawar dalam gua tu. Lagipun, confirm la korang taknak kaki anda direct memijak encik-encik lipas yang super banyak kat lantai gua tu. Oh, waktu kami ke sana, kami tak bawa torchlight dan bagus la utk kami since x de la nampak ape yang kitorang pijak time dalam gua tu. Lipas-lipas sangat la banyak sampai kami terpaksa jalan dalam gua yang licin tu tanpa pegang penghadang tangan sebab penuh diorng kat tempat pegang tu gak. Memang pengalaman menakutkan untuk orang2 yang takut lipas macam saya ni..;p

Jalan masuk ke Gua Gomantong

Jalan-jalan dan gua kecil di dalam Gua Gomantong

Ni rumah merangkap ofis orang-orang yang kerja harvest sarang burung

Antara rakan-rakan yang menemani kat dinding Gua Gomantong


Lipas penuh okay kat kayu tu..dah macam unggun lipas je kitorng tengok kayu tu

Mana-mana pun ada lipas ni.. nasib la ni bukan species yg suke terbang kalo x mmg  tidak la saya masuk ke dalam gua ni
Time dalam gua, ada beberapa group pekerja tengah harvest sarang burung dalam gelap.. x dapat nak ambil gambar diorng sebab mmg x nampak pun diorng yang memanjat kat atas..just dengar suara diorng bagi arahan kat orang bawah untuk betulkan kedudukan tangga diorng dan kadang-kadang nampak la signal torchlight diorang. Oh, kami sempat tanya kat guide kami berapa upah pekerja kat sana. Menurut encik guide kami, dalam 1 bulan, sorang pekerja boleh dapat dalam RM5000++ tapi bergantung dengan berat sarang burung yg diorng kumpulkan dan jenis-jenis sarang tersebut. Ada 2 jenis sarang burung kat gua Gomantong iaitu sarang hitam dan sarang putih (x ingat la plak yang mana satu yg mahal tu).

Kami keluar dari gua dengan perasaan berani..baru selesai Fear Factor la katakan.. konon lepas keluar dah x takut lipas, apparently, sampai sekarang saya masih geli dengan lipas..:(

Lokasi: Sukau, Sungai Kinabatangan
Aktiviti: River cruise, bird watching, wild life sighting

Kami kemudian meneruskan perjalan kami ke Sukau yang terletak kira-kira 110km dari bandar Sandakan. Nak ke hotel tempat kami bermalam tu kena naik bot laju yang disediakan oleh hotel di jeti Kampung Bilit.


Naik bot laju ke hotel kami di Sukau

Sungai Kinabatangan yang tenang.. kitorang tercari-cari gak kot2 boleh nampak Sang Buaya time ni..hehe
Excited betul kitorng time naik bot laju nak ke hotel.. almaklumlah, bukan selalu dapat naik bot laju kat sungai ni. Dari jeti nak ke Bilit Rainforest Lodge tu mengambil masa dalam 15 minit. Sampai di hotel, kami diberi welcome drink dan terus di bawa ke tempat makan untuk lunch sementara tour guide kami mendaftar masuk kami ke hotel. 

Hotel tempat kami tinggal...mmg terbaik!

Bilik-bilik kami..boleh muat dua family tu..
River Safari kami selama 2 jam bermula jam 4 petang. Kami  berkumpul di jeti hotel sebelum join dengan group lain. Menurut mamat tour guide kami, tak ramai orang kita yang amek package ni.. memang time kitorang pegi tu macam kami je orang tempatan, yang lain sumer orang putih..

Kitorang amek package ni sebab nak tengok Proboscis monkey yang famous tu.. Proboscis monkeys ni hanya terdapat di Borneo sahaja. Kalau di Indonesia, diorang panggil monyet ni monyet Belanda sebab hidung monyet ni dikatakan macam hidung orang Belanda yang pernah menjajah diorng dulu.

Time kitorang River Safari tu, cuaca agak x menentu sket. Walaupun panas terik, kadang-kadang hujan gerimis. So, tips untuk korang2 yang nak pegi sini, sila lah bawak poncho untuk keselamatan kamera dan bawa binokular sebab untuk bird watching, binokular adalah sangat penting. Kitorang hari tu pun pinjam guide punya binokular untuk tengok burung enggang dan close up view proboscis monkey. 

hujan panas kami redah! 
Kami diberitau oleh encik guide kami if we're very lucky, kami mungkin akan dapat lihat gajah petang tu sebab pekerja hotel tempat kami tinggal tu bgtau dia semalam ada sekawan gajah lalu di belakang hotel kami. Gajah yang terdapat di kawasan ni bukan gajah biasa dilihat di zoo, gajah ni hanya terdapat di Borneo je..Gajah Borneo pygmy ni bersaiz kecil dari gajah-gajah biasa dan ianya jenis passive dan jinak. Gajah ni juga merupakan salah satu binatang terancam yang kini di bawah Wildlife Conservation Enactment.

Tak sampai 15 minit bot kami menyusuri sungai, dari jauh, kami dapat lihat beberapa bot lain berhenti dan mendekati tebing. Encik guide kami bagitau yang ada kumpulan gajah Borneo Pygmy di tebing sungai sedang makan..(okay, lupe nak mention guide setiap bot communicate with each others guna walkie talkie untuk memudahkan diorng tau lokasi wildlife). Punyalah excited kitorang dapat tengok gajah liar dalam jarak dekat sampai habis bateri kamera dok ambil gambar dan video gajah-gajah tu..:)


GAAAJAH..GAAAJAH.. (sila baca dengan tone suara Sin Chan..;p)

Kami yang bernasib baik dapat jumpa group gajah pygmy liar..^^

berangan jap macam keja ngan Animal Planet time dok amek gamba & video gajah pygmy ni.. 


Sepanjang river cruise kitorang, kami encountered banyak hidupan-hidupan liar lain. Burung-burung seperti Hornbill, kingfisher dan juga helang banyak di kawasan tu. Pelbagai species monyet juga boleh dilihat di sepanjang sungai Kinabatangan. Tapi, antara banyak-banyak tu yang boleh kitorang kenal species dia just Proboscis monkey je sebab ciri-ciri yang unik iaitu berhidung besar dan berperut buncit. 

Gerombolan monyet Proboscis (monyet Belanda) yang banyak kelihat di sepanjang Sungai Kinabatangan
Monyet kaler perang..x sure name scientific dia..;p

Proboscis monkey betina.. kalau yang hidung mancung tu betina, yg hidung besar tu proboscis jantan

Monyet proboscis melepak sementara menunggu sunset.. monyet ni tido di atas pokok tepi sungai waktu malam.

Wildlife di tepi sungai Kinabatangan

Burung Hornbills, antara burung-burung yang boleh dilihat di sepanjang sungai

Sunset di Sungai Kinabatangan

Day 2


Lokasi: Sepilok, Pusat Pemulihan Orang Utan, Sandakan
Masa Operasi:
Ticket: Adult-RM5, kids-RM2
Detail info on Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre


Hari kedua di Sandakan, kami dibawa ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre yang terletak kira-kira 23km dari pusat bandar Sandakan. Kami sampai di Sepilok jam 9 pagi dan kemudiannya membeli ticket masuk untuk melihat orang utan yang berada di pusat pemulihan itu waktu 'feeding time' pada jam 10am.

Sementara menunggu feeding time, kami ke Exhibition Hall, bersebelahan dengan kaunter ticket untuk melihat sejarah pembukaan pusat pemulihan orangutan dan mengetahui info2 mengenai orang utan yang terdapat dalam pusat pemulihan.

Memang ramai yang menunggu di tempat feeding point orang utan tu untuk tengok orang utan diberi makan. Cuaca yang panas ditambah orang yang ramai, memang agak tak sesuai untuk yang bawa baby or anak kecil.. kat sini, kita hanya dapat lihat orang utan dari jauh je, sebab orang utan ni memang xkan datang dekat dengan pengunjung. Diorng direct ke feeding point untuk dapatkan makanan.



Orang Utan tengah memilih makanan. Diorang ni memang hanya akan keluar time makan je.

Orang utan betina yang ada baby biasanya akan makan dulu dan tidak diganggu orang utan lain sebab dia akan sangat garang  untuk protect baby dia.

Lokasi : Puu Jih Shih Buddhist Temple

Selepas puas berpanas di Sepilok, kami meneruskan Sandakan city tour kami ke salah sebuah tokong termahal di Malaysia. Menurut guide kami, Tokong ni dibina hasil dari sumbangan penganut-penganut Budha di Sandakan untuk membeli tanah di bukit ni dan membina tokong tersebut. Hasil kutipan sumbangan dikatakan berjumlah lebih dari RM7 juta. 

Temple ni terletak di atas bukit di Tanah Merah, selatan bandar Sandakan, dibina pada tahun 1987. Dari atas bukit ni, kami dapat menghayati keindahan Sandakan Bay dan kota Sandakan.



Pintu masuk ke temple

View dari temple.. dari atas ni boleh nampak view bandar Sandakan


Selepas habis sesi bergambar, kami dibawa ke English Tea House & Restaurant untuk makan tengah hari sebelum ke airport untuk flight kami ke Kota Kinabalu.



View yg menarik di restaurant ni

Lokasi : belakang Pasar Philippines, Kota Kinabalu

Flight kami dari Sandakan ke Kota Kinabalu mengambil masa dalam 45 minit. Kami tiba di KKIA pada jam 315pm disambut oleh tour guide dari MoreAsia Travel. Kami kemudiannya dibawa ke Hotel Kinabalu Daya Hotel untuk check in dan sedikit briefing session mengenai tour kami untuk hari 5 dan ke 6. Untuk hari ke 4 dan ke 5 kami di Sabah, kami decide untuk menyewa kereta sahaja tanpa memerlukan khidmat tour guide.

Selepas berehat melepaskan penat, kami pun bersiap-siap turun dari hotel dan berjalan kaki ke kawasan  Pasar Philippines untuk melihat keunikan pasar basah di belakang Pasar Philippines sambil-sambil mencari makan malam yang sedap. Kedudukan hotel kami yang terletak berdekatan dengan tempat-tempat bershopping di Kota Kinabalu juga membuatkan malam kami penuh dengan aktiviti membeli mutiara dan souvenirs di pasar malam belakang Le Meridien. 

Sunset di Kota Kinabalu...^^

Kalau ke Sabah, sayap ayam jangan dilupa..sedap!

Cuci mata tengok seafood yang dijual di pasar ni..semua pun segar2 kat sini..

Ikan tuna ni nampak sedap kan...mungkin sebab fresh dari laut..:)















No comments: